• High School
  • You don't have any recent items yet.
  • You don't have any courses yet.
  • You don't have any books yet.
  • You don't have any Studylists yet.
  • Information

Assignment Keusahawanan 2

Entrepreneurship (mpu3223), open university malaysia.

Student

Recommended for you

Students also viewed.

  • Mpu3323 - assesment
  • Entreprenuship draft - Entreprenship Assignment
  • Entrepneuship Assignment
  • Entrepreneurship - ......
  • MPU2222-Assignment
  • MPU3223 V2 Entrepreneurship 2

Related documents

  • KEUSAHAWANAN DALAM KEHIDUPAN
  • Introduction TO Communication BBA 2022
  • UHMS1182- Assignment - assingment
  • Assignment Keusahawanan MPU 3223 V2
  • MPU3223 V2 LOI YI YING - Assignment
  • MPU3223 V2 Enterpreneurship Assignment SEPT 2020

Preview text

Bachelor of business administration with honours, semester 3 / tahun 2023, keusahawanan 2, isi kandungan.

  • BAHAGIAN I............................................................................................................................
  • Pengenalan Usahawan................................................................................................................

Huraian Pengurusan Kewangan.................................................................................................

Perbincangan pengurusan kewangan usahawan......................................................................., cadangan memperkemas pengurusan kewangan usahawan.....................................................

  • RUMUSAN................................................................................................................................
  • BAHAGIAN II...........................................................................................................................
  • RUJUKAN...............................................................................................................................

beliau juga menjual alat-alat untuk wiring. Beliau memberi perkhidmatan membaiki peralatan elektrik dengan dua cara iaitu yang pertama, pelanggan menghantar peralatan elektrik ke kedainya dan yang kedua pula beliau bersama pekerjanya akan bergerak ke lokasi pelanggan yang memerlukan perkhidmatan perniagaannya. Melalui temu bual yang saya jalankan bersama usahawan ini, beliau mengatakan bahawa misi perniagaan beliau adalah untuk memberikan perkhidmatan membaiki peralatan elektrik dan perkhidmatan wiring elektrik yang terbaik kepada penduduk sekitar daerah Kinabatangan dan daerah-daerah berhampiran seperti Lahad Datu, Kunak dan Sandakan. Beliau juga berhasrat untuk melebarkan sayap perniagaan dengan bekerjasama bersama pengurusan ladang sawit berhampiran dalam projek penghantaran barang ke dalam ladang berkaitan.

Saya memilih Encik Mohamad Satung untuk dibincangkan dalam tugasan ini kerana saya melihat beliau adalah seorang usahawan yang berjaya meskipun tidak terkenal seperti usahawan-usahawan berjaya yang lain. Saya mengatakan bahawa beliau merupakan usahawan yang berjaya kerana perniagaan yang diusahakan oleh beliau amat memberangsangkan dan dikenali di daerah Kinabatangan. Selain itu, beliau juga mempunyai perancangan untuk menginovasikan perniagaan yang dijalankan dengan cara memberikan perkhidmatan pembinaan menyeluruh berkaitan rumah seperti binaan dan dekorasi rumah. Beliau juga memiliki beberapa ciri usahawan yang berjaya seperti berinisiatif dan bertanggungjawab, tahap tenaga yang tinggi, berkebolehan dalam membangunkan misi, berkomitmen tinggi dan beberapa lagi ciri lain.

Tujuan utama sesuatu perniagaan adalah untuk meningkatkan nilai pemilik atau pemegang saham dengan memperoleh keuntungan daripada operasi perniagaan (Wahab, 2008). Pengurusan Kewangan pula bermaksud merancang, mengatur, mengarahkan dan mengawal aktiviti kewangan seperti perolehan dan penggunaan dana perusahaan. Ini bermaksud peniaga atau usahawan menerapkan prinsip-prinsip pengurusan umum ke sumber kewangan syarikat. Setiap usahawan perlu dan harus menguruskan kewangan perniagaan dan syarikat mereka. Untuk menjadi usahawan yang berjaya tidak kira apa jenis perniagaan, kecil atau besar, pengurusan kewangan akan menjadi penada aras kejayaan sesebuah perniagaan. Hal ini kerana tujuan utama usahawan adalah menjana keuntungan (duit), oleh itu cara seseorang

usahawan itu menguruskan kewangan perniagaannya adalah sangat penting. Penetapan matlamat pula adalah sangat penting sama ada matlamat jangka masa panjang atau pendek.

Antara contoh pengurusan kewangan yang baik adalah dengan membuka akaun bank perniagaan. Pembukaan akaun perniagaan adalah sangat penting untuk usahawan mengetahui aliran masuk modal yang dilaburkan. Walaupun seorang usahawan itu berniaga secara kecil- kecilan, wajib bagi usahwan mengasingkan duit peribadi daripada duit perniagaan. Seterusnya, peniaga atau usahawan perlu merekod setiap transaksi dan menyimpan setiap dokumen dengan baik. Semua rekod transaksi hendaklah direkod walaupun hanya dalam excel mahupun catatan secara manual kerana rekod-rekod ini amat penting untuk dijadikan rujukan bagi pelbagai urusan berkaitan perniagaan seperti jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk membeli aset dan sebagainya. Dengan adanya rekod setiap transaksi operasi perniagaan, usahawan dapat menilai prestasi kewangan perniagaan dengan tepat menggunakan buku tunai. Oleh itu, usahawan dapat mengetahui sama ada berlaku pembaziran atau tidak. Pengurusan kewangan yang berkesan juga akan dapat memastikan kewangan perniagaan usahawan kekal kukuh dan stabil selain dapat mengesan sama ada perniagaan tersebut menghasilkan keuntungan atau kerugian dengan memantau aliran transaksi duit keluar dan masuk jika ingin mengelak kerugian.

Akhir sekali, usahawan perlu memantau dan menyimpan penyata bulanan bank. Penyata ini adalah dokumen terpenting dalam perniagaan seseorang usahwan. Dengan penyata inilah seorang usahawan dapat melihat tahap “kesihatan” perniagaan yang dijalankan. Disamping itu, untuk memohon kemudahan kewangan sama ada daripada bank atau mana-mana agensi, penyata bank adalah dokumen yang paling penting yang akan disemak untuk menentukan sama ada usahawan tersebut layak atau tidak mendapatkan pembiayaan. Oleh yang demikian, urusan pembiayaan bagi tujuan memajukan perniagaan akan berjalan lancar. Di samping itu, pengurusan pembayaran cukai pendapatan juga mudah dikira sekiranya segala rekod pembelian untuk modal perniagaan disimpan.

Usahawan yang saya pilih iaitu Encik Mohd Satung Bin Tekke merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan runcit perkhidmatan electrik di bawah nama Tetuan Olek Electrical Services. Pengurusan kewangan yang diamalkan oleh beliau sangat baik dan teliti. Beliau

membantu beliau dari segi kewangan semasa diperlukan. Hal ini akan mengelakkan beliau sekaligus perniagaan yang diusahakannya terlibat dalam masalah kewangan.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki dalam pengurusan kewangan usahawan yang saya pilih ini agar perniagaan yang dijalankannya bertambah maju dan berjalan lancar. Pada bahagian ini, saya akan memberi cadangan untuk memperkemas pengurusan kewangan usahawan dari segi pengurusan hutang, aset dan tunai. Pertama sekali, dari segi pengurusan hutang, beliau perlu merancang dengan sebaiknya jumlah hutang yang perlu diambil sebelum membuat pinjaman daripada mana-mana bank. Jumlah pinjaman yang tepat ini boleh diketahui apabila usahawan merancang dengan baik pelan perniagaannya sebelum membuat pinjaman. Beliau perlu membuat pelan perniagaan dengan teliti agar setiap keperluan kewangan yang diperlukan diketahui bajet dan pulangan keuntungan. Bagi mengurangkan kos pinjaman, usahawan ini juga seharusnya memilih untuk membuat pinjaman semasa kadar OPR rendah. Di samping itu, beliau perlu mengutamakan untuk membuat bayaran penuh terhadap pinjaman yang diambil dengan kadar faedah tertinggi. Dengan cara ini, beliau dapat mengurangkan kadar bayaran dan jimat untuk jangka masa yang panjang. Selain itu, sekiranya beliau ingin menambah aset tetap perniagaan, beliau perlu mengelakkan daripada membeli aset tersebut dengan cara bayaran secara ansuran kerana cara bayaran tersebut mempunyai kos yang tinggi (faedah). Adalah lebih baik beliau membeli secara bayaran tunai jika mempunyai tunai yang lebih hasil daripada keuntungan yang beliau perolehi.

Dari segi pengurusan hutang daripada pelanggan, usahawan ini perlu mengurang dan mengetatkan pemberian kredit atau hutang kepada pelanggan. Pada waktu ini, beliau memberikan kredit kepada pelanggan dengan sangat mudah dan tanpa syarat yang ketat. Implikasinya, terdapat segelintir pelanggan yang agak liat untuk menyelesaikan hutang tersebut. Meskipun hanya sebilangan kecil sahaja pelanggan yang bertindak sedemikian namun ianya tetap memberi impak kepada perniagaan yang dijalankan.

Dari segi tabungan pula, seperti yang dinyatakan sebelum ini beliau membuat simpanan beberapa peratus daripada keuntungan yang diperoleh ke dalam akaun simpanan khas untuk modal melebarkan sayap perniagaan. Meskipun begitu, cara ini tidak mendapat pulangan yang menguntungkan kerana kadar keuntungan yang akan diterima melalui

simpanan tetap ini adalah rendah. Oleh yang demikian, adalah lebih baik dan menguntungkan sekiranya beliau melaburkan simpanan tersebut dalam pelaburan yang kurang berisiko serta lebih menguntungkan seperti amanah saham (simpanan), deposit berjangka dan simpanan emas. Pulangan keuntungan bagi pelaburan dalam amanah saham dan deposit berjangka ini memerlukan masa agak lama iaitu setahun selepas dilaburkan (amanah saham), namun ianya masih tetap menguntungkan berbanding menyimpan dalam akaun simpanan biasa. Wang yang dilaburkan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sama seperti menyimpan dalam akaun simpanan. Simpanan emas pula turut menguntungkan dan boleh dikatakan tiada risiko kerana harga emas yang diketahui sememangnya stabil dan mudah dicairkan. Selain untuk menambah modal perniagaan, simpanan ini juga boleh digunakan untuk kes kecemasan sekiranya benar-benar diperlukan. Kesannya, usahawan ini tidak perlu meminjam daripada mana-mana pihak ketika memerlukan duit.

Bagi memperkasakan pengurusan aset, beliau perlu bijak mengurus segala aset yang dimiliki terutamanya aset yang digunakan untuk melicinkan perniagaannya. Pengurusan aset yang bijak akan memberikan dampak yang positif terhadap perniagaan beliau di samping meningkatkan jangka hayat aset. Aset-aset tetap seperti yang diketahui adalah sangat penting agar usahawan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Usahawan ini mempunyai aset tetap dan juga aset semasa. Aset tetap yang dimiliki usahawan ini termasuklah kenderaan, perabot, lekapan, perkakasan dan sebagainya yang berkaitan. Segala aset yang dimiliki ini sudah pasti mempunyai jangka hayatnya. Justeru itu, penggunaan dan penjagaan yang baik akan dapat memastikan aset-aset ini bertahan untuk tempoh jangka hayat yang telah ditetapkan. Sekiranya beliau tidak menjaga dan menyelenggara aset-aset ini dengan baik, masalah seperti kerosakan mahupun kehilangan akan berlaku. Hal ini akan menyebabkan beliau terpaksa mengeluarkan kos untuk menggantikan mahupun membaiki aset yang telah rosak atau hilang. Di samping itu, beliau juga seharusnya membeli aset yang berkualiti tinggi dan terkini agar beliau dapat menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan lebih efisyen. Walaubagaimanapun, hal ini akan memakan kos yang lebih tinggi tetapi masih berbaloi dengan nilai masa dan kerja yang dilakukan kerana hasil kerja dapat dilakukan dengan lebih banyak namun masih berkualiti. Aset-aset yang dibeli pula perlu direkodkan dari segi tarikh pembelian, nilai semasa belian dan jangka hayat aset.

Pengurusan tunai juga perlu diurus dengan baik. Oleh yang demikian, usahawan ini perlu mengetahui keperluan dan kemahuan serta membuat bajet peribadi bulanan. Umum

Secara keseluruhannya, usahawan yang saya pilih ini merupakan seorang usahawan baru meningkat yang mempunyai potensi untuk lebih berjaya dan bertahan dalam perniagaan yang diceburi dan bakal diceburinya. Peniagaan beliau pada masa ini mempunyai peluang yang amat cerah untuk dikenali di seluruh negeri Sabah khususnya daerah-daerah dalam zon Sandakan dan Tawau kerana misi perniagaannya kini selaras dengan usaha untuk memajukan perniagaan beliau. Saya berpendapat bahawa ideanya untuk menginovasikan perniagaannya dengan memasukkan perkhidmatan dekorasi adalah sangat bijak dan berpotensi untuk berjaya. Hal ini kerana perkhidmatan dekorasi rumah ini masih sangat sedikit di negeri Sabah. Sekiranya beliau dapat mengusahakan perkhidmatan ini, saya yakin bahawa ianya akan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dalam kalangan masyarakat setempat terutamanya bagi keluarga yang tidak mempunyai idea mahupun masa untuk membuat dekorasi rumah. Pengurusan kewangan usahawan ini juga secara keseluruhannya sudah menepati syarat yang perlu sebagai seorang usahawan. Walaubagaimanapun, beliau tetap perlu memperkemaskan pengurusan kewangan peribadinya agar pengurusan kewangan untuk perniagaannya turut mendapat impak yang positif terutamanya bagi pengurusan pemberian bayaran perkhidmatan secara tertangguh kepada pelanggan. Bagi menambah keuntungan pula, beliau perlu berusaha untuk menambah dan membaiki sama ada jaringan formal mahupun tidak formalnya. Hal ini akan banyak membantu beliau dalam mengembangkan perniagaannya di masa akan datang kerana jaringan ini dapat membina keyakinan, mengurangkan birokrasi, meningkatkan maklumat, membangunkan kepercayaan, membina situasi saling bergantung dan menjana kreativiti.

Justeru itu, pengurusan kewangan perniagaan adalah sangat penting bagi seorang usahawan yang mempunyai visi dan misi kerana pengurusan kewangan yang baik dan terancang dapat menentukan sama ada perniagaan tersebut mampu menjana keuntungan ataupun sebaliknya. Pengurusan kewangan yang tidak teratur akan mendatangkan banyak masalah. Sebilangan orang yang baru menceburi bidang perniagaan masih belum mahir dalam menguruskan kewangan contohnya memulakan perniagaan dengan membuat pembiayaan daripada institusi perbankan walhal sepatutnya pembiayaan ini adalah untuk

menyuntik modal sahaja bukan untuk memulakan perniagaan. Oleh yang demikian, ilmu pengurusan kewangan adalah sangat penting untuk menjadi usahawan yang berjaya.

BAHAGIAN II

Wahab, I. A. (2008). Panduan Menguruskan Kewangan Perniagaan. Arah Pendidikan Sdn

  • Multiple Choice

Course : Entrepreneurship (MPU3223)

University : open university malaysia.

contoh assignment keusahawanan

  • Discover more from: Entrepreneurship MPU3223 Open University Malaysia 150   Documents Go to course
  • More from: Entrepreneurship MPU3223 Open University Malaysia 150   Documents Go to course

Academia.edu no longer supports Internet Explorer.

To browse Academia.edu and the wider internet faster and more securely, please take a few seconds to  upgrade your browser .

Enter the email address you signed up with and we'll email you a reset link.

  • We're Hiring!
  • Help Center

First page of “Modul SADE1013 Asas Keusahawanan”

Download Free PDF

Modul SADE1013 Asas Keusahawanan

Profile image of Nor Azharuddin Shaharuddin

Related papers

Kewirausahaan

arXiv (Cornell University), 2021

Personnel Psychology, 2019

Entangled Religions, 2024

Business Economics

Alchemy rediscovered and restored, 1941

ETS (papers) 1054, 1982

Habitos de estudio, 2019

Revista de salud ambiental, 2004

Journal of Vascular and Interventional Radiology, 2019

Contemporary Arab Affairs

Procedia - Social and Behavioral Sciences, 2012

3-time-zone DCF receiver with E-Blocks Flowcode and/or PICee board , 2007

International Journal of Science and Research (IJSR), 2016

”30 Years of Inspiring Academic Economic Research – From the Transition to Market Economy to the Interlinked Crises of 21st Century”

Archiwa, Biblioteki i Muzea Kościelne, 2016

Journal of the Science of Food and Agriculture, 2002

Related topics

  •   We're Hiring!
  •   Help Center
  • Find new research papers in:
  • Health Sciences
  • Earth Sciences
  • Cognitive Science
  • Mathematics
  • Computer Science
  • Academia ©2024

IMAGES

  1. (DOC) Assignment Asas Keusahawanan (Individu)

    contoh assignment keusahawanan

  2. Contoh Assigment Keusahawanan

    contoh assignment keusahawanan

  3. Oum Assignment Keusahawanan PDF

    contoh assignment keusahawanan

  4. FULL Assignment Keusahawanan Group 2

    contoh assignment keusahawanan

  5. Contoh Pengenalan Untuk Assignment Keusahawanan

    contoh assignment keusahawanan

  6. Laporan Pelan Perniagaan Asas Keusahawanan

    contoh assignment keusahawanan

VIDEO

  1. Karnival Keusahawanan 27.10.24

  2. Tugasan Individu (UW00302

  3. TAYANGAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN SKBU

  4. FESTIVAL KEUSAHAWANAN SK BATU 4 TAWAU

  5. Assignment 1

  6. Keusahawanan (MPU22012) Kumpulan DAG4003 Product Greentea

COMMENTS

  1. FULL Assignment Keusahawanan Group 2 - Studocu

    Students also viewed. Cam Scanner 10-01-2022 08; 1021-Article Text-2148-4-10-20230203; Group Assignment new; Projectsalam 2; TEKS Pengacara Majlis PSP 2023

  2. MPU 3223_V2 : ENTREPRENEURSHIP 2 - Universiti Terbuka Malaysia

    Saya mempelajari banyak perkara mengenai keusahawanan sepanjang mengikuti kursus ini antaranya ialah mengamalkan sikap-sikap keusahawanan, peka kepada peluang dan cara merebut peluang untuk membina perniagaan sendiri.

  3. entrepreneurship 2 assignment kerja khusus - KEUSAHAWANAN 2 ...

    Format yang diberikan juga sesuai kepada pelajar dengan ringkasan-ringkasan mengenai topik keusahawanan dan selain itu juga modul ini turut memberi perbezaan antara seorang usahawan dan ahli perniagaan.

  4. Contoh Assignment KEUSAHAWANAN | PDF - Scribd

    Contoh Assignment KEUSAHAWANAN - Free download as PDF File (.pdf), Text File (.txt) or read online for free. 1. The document outlines the required sections and content for an individual assignment on hospitality companies, including a name, student number, section number, and title at the top of the first page.

  5. Assignment Asas Keusahawanan (Individu) - Academia.edu

    Keusahawanan membolehkan bakal usahawan menggunakan modal yang mereka ada untuk melihat inovasi mereka memulakan perniagaan dari akar umbi sehingga keperingkat yang lebih tinggi. Keusahawanan menggalakkan persaingan kerana setiap usahawan yang berpotensi cuba untuk tampil dengan inovasi terbaik.

  6. PORTFOLIO BUDAYA KEUSAHAWANAN (UPU3222) GROUP K - AnyFlip

    Pada pendapat saya, tugasan kerja kursus UPU 3222 Budaya Keusahawanan ini merupakan salah satu cara untuk memupuk para pelajar di universiti untuk mencungkil bakal dan mempelajari bidang perniagaan kerana ia memberi kebaikan kepada kita.

  7. Assignment Keusahawanan 2 - BACHELOR OF BUSINESS ... - Studocu

    Antara contoh pengurusan kewangan yang baik adalah dengan membuka akaun bank perniagaan. Pembukaan akaun perniagaan adalah sangat penting untuk usahawan mengetahui aliran masuk modal yang dilaburkan. Walaupun seorang usahawan itu berniaga secara kecil- kecilan, wajib bagi usahwan mengasingkan duit peribadi daripada duit perniagaan.

  8. Modul SADE1013 Asas Keusahawanan - Academia.edu

    Assignment Asas Keusahawanan (Individu) zimy ninetology. download Download free PDF View PDF chevron_right. Modul Kuliah Kewirausahaan. Lailatul Mahmuda. Kewirausahaan.

  9. Keusahawanan Assignment | PDF - Scribd

    keusahawanan assignment - Free download as Word Doc (.doc / .docx), PDF File (.pdf), Text File (.txt) or read online for free.

  10. Assignment Asas Keusahawan | PDF | Entrepreneurship ...

    Assignment Asas Keusahawan - Free download as Word Doc (.doc / .docx), PDF File (.pdf), Text File (.txt) or read online for free. This document outlines the instructions and requirements for a group assignment on entrepreneurship for an Introduction to Entrepreneurship course.